BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 18, 2012

Apabila Wanita Menangis Kerana Anda

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis…

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?

Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Guys,
Jangan hanya tahu mencari kesilapan dirinya,
Anda juga harus mencari dimanakah kesilapan anda,

Kerana di situlah anda akan mengetahui mengapa dia sanggup
menitiskan air mata kerana anda.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012



01/01/2012
Happy New Year peeps!

OMG!!!
im going to 22years old on 15/5/2012
DAMN..i hate it!!!

nevermind
umur jew tua..jiwa tetap muda
OK...
awww..i can't accept that!

brrrrr....
just be relax & cool
ala, baru 22years old..muda lg
but i must to do something useful for my future
not doing something useless anymore!

2012
aku akan teruskan business homemade chocolate
as usual la untuk macam2 event
so, sape2 yg t'baca blog aku neh kalau nk order
boleh aje! :))

BTW
apa jew yg aku nak buat lepas neh
my husband always be the 1st in my life
besides of Allah, my parents & my sibling!

*please pray for me & wish me luck in wte im doing*
xoxo